Sunday, January 20, 2008

pujian para ulamak terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab




Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad bin Abdul Wahab katanya: “Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menaggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263, ctk. Maktabah Wahbah Mesir).

Dr Wahbah al-Zuhailiy berkata:

Sesuatu yang tidak syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jagan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud:85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun yang ke 12 hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih.” ( Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, hlm 57-58).

3. Pandangan Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya “Halummu nakhruj min al-zhulumat”:

“Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisas, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan Ummah ini daripada kelalaiannya…”

“Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab bagi menjernihkan kembali aqidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam…”

Di dalam kitab “Kaifa naktub al-tarikh al-islami” Syeikh Muhammad Qutb menyatakan bahawa:

“Manusia menyangkakan bahawa Islam ini telah berakhir dengan berakhirnya Daulah Umawiyah, zamannya telah tamat dengan tamatnya zaman Abbasi, dan akhirnya manusia juga menyangkakan bahawa Islam ini telah lenyap dengan lenyapnya zaman Khilafah Uthmaniyah dan jadilah Islam itu sebahagian daripada lagenda sejarah…tetapi semua sangkaan mereka ini tidak benar sama sekali. Islam tidak akan berakhir dalam mana jua keadaan getir yang dihadapinya, walaupun keadaan getir yang melanda tersebut seolah-olah telah menghancurkannya. Ini kerana Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini akan terus kekal di atas muka bumi ini sehingga hari Qiamat…dan di antara penyebab yang dijadikan Allah bagi mengekalkan Islam ini setelah menghadapi suasana getirnya ialah dengan kebangkitan Islam. Benarlah bahawa gerakan utama kepada kebangkitan ini ialah gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

4. Pandangan Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya “al-Da’wah al-Islamiyah tastaqbil qarnuha al-khamis ‘asyar” :

“…sesungguhnya kami menyatakan bahawa satu-satunya gerakan yang telah membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula aqidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan…yang kami maksudkan ialah gerakan pembaharuan yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Di dalam kitabnya “Mi ‘ah sual ‘an al-Islam”, Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: “Syeikh Muhammad bin Abd Wahab telah mengangkat syiar Tauhid, dan benarlah yang dia telah melakukannya. Dia telah mendapati dirinya berada di dalam suasana yang mana kubur disembah, mereka memohon kepada yang telah mati perkara-perkara yang tidak boleh dipohon kecuali daripada Allah swt…”

5. Pandangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya “Taathur al-da’wat al-islahiyah al-Islamiyah bida’wah al-Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahab”:

“Sesungguhnya yang paling jelas suara kebenarannya, yang paling besar seruan ke arah pembaikan, dan jihad bagi mengembalikan keperibadian Islam dengan berpegang kembali dengan manhaj salaf al-saleh ialah da’wah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab pada kurun ke-12 hijrah, bagi melakukan pembaharuan (tajdid) terhadap suasana kehidupan Islam, selepas didapati berlakunya ditengah masyarakat pelbagai khurafat, bid’ah dan penyelewengan. Maka Ibn Abd Wahab adalah benar, seorang ketua kepada kebangkitan dan pembaikan agama yang ditunggu-tunggu, yang telah membetulkan semula neraca aqidah Islam dan menjelaskan hakikat tauhid yang suci kepada Allah Azza wa Jalla…”.

6. Pandangan Syeikh Ali al-Tantawi di dalam kitabnya “Muhammad bin Abd al-Wahab”:

“…manusia beri’tiqad segala manfaat dan mudharat bergantung kepada Rasul dan para solehin, dengan kubur dan pokok-pokok, mereka memohon daripadanya segala hajat, mereka mengembalikan urusan mereka dikala kesusahan kepadanya, bernazar dan menyembelih kepadanya dan mereka sangat membesarkan orang yang telah mati…Dalam suasana begini, muncullah Muhammad bin Abd Wahab rahimahullah…dan Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka ditaqdirkan bahawa dialah di antara salah seorang yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah sesungguhnya mereka itu diutuskan bagi melakukan tajdid terhadap agama, dan Allah telah menetapkan bahawa di tangannyalah bumi Najd ini telah kembali kepada tauhid yang sahih dan al-din yang benar, dan kembali wujudnya kesatuan selepas daripada perselisihan dan perpaduan selepas daripada perpecahan…”

7. Pandangan Syeikh Muhammad Abduh terhadap Syeikh Muhammad bin Abd wahab seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Hafiz Wahbah di dalam kitabnya “50 ‘aam fi jazirat al-arab”, bahawa Syeikh Muhammad Abduh semasa sessi mengajar di al-Azhar telah memuji Syeikh Muhammad bin Abd Wahab, dan dia telah menggelarkannya sebagai “refosmis yang agung”.

8. Pandangan Al-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha di dalam muqaddimah kitab “Siyanat al-insan”:

“Setiap kurun daripada kurun-kurun yang banyak berlaku padanya perkara-perkara bid’ah tidak akan pernah sunyi daripada ulamak rabbani; yang melakukan tajdid terhadap umat ini urusan agama mereka dengan melakukan da’wah, pengajaran dan contoh ikutan yang baik, dan (ia juga tidak akan sunyi) daripada mereka yang adil yang melakukan penentangan terhadap penyelewengan golongan yang melampau, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwil golongan yang jahil, seperti yang disebutkan di dalam hadis.

Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abd Wahab al-Najdi adalah dari kalangan mereka yang adil, mujaddid yang telah bangun menyeru ke arah pemurnian tauhid dan ikhlas beribadah hanya kepadaNya, dengan apa yang telah disyariatkan di dalam kitabNYa dan daripada lisan Rasulnya saw dan seruan ke arah meninggalkan segala perkara bid’ah dan maksiat serta menghidupkan semula syiar Islam yang telah ditinggalkan…”

9. Pandangan Syeikh Muhammad Abu Zahrah:

“Munculnya gerakan al-wahabiyah di tengah-tengah bumi sahara arab ini merupakan tindak balas daripada sikap melampau dalam memuliakan tokoh-tokoh tertentu dan mengambil berkat daripada mereka, begitu juga dengan menziarahi mereka dengan tujuan ingin menghampirkan diri (taqarrub) kepada Allah. Ia juga merupakan kesan daripada tersebarnya banyak amalan bid’ah yang bukan daripada agama, yang mana ia berlaku ketika musim-musim tertentu yang ada kaitan dengan agama dan dalam amalan-amalan keduniaan. Maka datanglah gerakan al-wahabiyah untuk menentang semua ini dan menghidupkan kembali mazhab Ibn Taimiyah”.


No comments: